Telefon pintar siri Huawei P50 bukan lagi sesuatu yang rahsia kerana mereka sendiri telah mengacah peranti itu beberapa minggu yang lalu.

Melaluinya juga, ia memaparkan modul kamera lebih besar, semestinya kamera lebih berkualiti. Spekulasi mengatakan ia dilengkapi sensor kamera utama 1/1.18 inci menggunakan Sony IMX800.

Terdapat tiga telefon yang akan diperkenalkan – P50, P50 Pro dan P50 Pro+. Namun, sedikit kelainan kerana mereka mungkin menawarkan lebih banyak model 4G. Model 5G dijangka akan hadir pada siri lebih berkuasa seperti P50 Pro dan P50 Pro+.

Antara lainnya, masing-masing akan dikuasakan cip Kirin 9000 dan 9000E, sistem operasi HarmonyOS 2.0, bateri berkuasa serta skrin melengkung dengan panel OLED.

Telefon tersebut dilaporkan akan dilancarkan pada bulan hadapan, 29 Julai. Pun begitu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Huawei.

Sumber: Huawei Central

Baca juga –┬áTelefon Pintar Terbaru Huawei P50 Bakal Tampil Dengan Kamera Lebih Berkuasa

Baca juga – Huawei Dijangka Tidak Melancarkan Mate 50 Tahun Ini

Baca juga – Telefon Pintar Huawei Diambang Kejatuhan