Setelah sekian lama ditunda, siri peranti berkuasa dari Huawei, iaitu P50 dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan ini – 29 Julai 2021.

Apa yang menariknya, siri ini akan mempunyai peranti yang dikuasakan cip Kirin 9000 dan terdapat juga Snapdragon 888. Namun, cip Snapdragon tersebut adalah versi 4G.

Malah, sebelum ini juga terdapat laporan yang mana Qualcomm sedang membangunkan Snapdragon 888 4G dan nampaknya mungkin benar Huawei P50 akan pertama menggunakannya.

Faktor utama yang mendorong Huawei menggunakan cip dari Qualcomm itu tidak lain tidak bukan kekurangan bekalan cip. Walau apa pun, sama-sama kita tunggu apabila ia rasmi nanti.

Sumber: mydrivers

Baca juga artikel berkaitan: