Jika sebelum ini ramai menjangkakan Huawei akan mengambil peluang sempena acara MWC 2019 hujung bulan ini untuk memperkenalkan siri P30 mereka, ternyata jangkaan itu meleset.
Peranti kelas atasan Huawei itu hanya akan dilancarkan di Paris pada penghujung Mac depan. Perkara ini disahkan oleh Huawei dalam satu kenyataan media mereka di Poland baru-baru ini.
Berita ini memberikan gambaran bahawa Huawei mungkin hanya akan menfokuskan kepada telefon dengan skrin boleh lipat sahaja di Barcelona nanti.
Syarikat dari China tersebut seringkali memilih Paris sebagai bandar pilihan untuk mereka memperkenalkan model-model baharu sejak beberapa keluaran terakhir sebelum ini.