Siri Huawei P30 terbaru sudahpun selesai dilancarkan semalam dengan menghadirkan kelengkapan kamera yang mengujakan peminat.
Untuk pasaran tempatan pula, acara pengenalan rasmi dijadualkan pada 2 April ini namun harga jualannya masih menjadi tanda tanya.
Seperti yang telah dimaklumkan semalam, Huawei bakal mengadakan roadshow di 11 lokasi berasingan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan model-model ini.
Spesifikasi ringkas Huawei P30 dan P30 Pro adalah seperti berikut:
Huawei P30
- Skrin paparan OLED 6.1 inci, 19.5:9
- Kirin 980
- RAM 6GB
- Storan 128GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB
- Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
- Tiga kamera belakang: 40MP (f/1.8) + 16MP Ultra Wide (f/2.2) + 8MP telefoto
- Kamera hadapan 32MP
- Bateri 3650mAh dengan pengecasan pantas 25W
- Pensijilan IP53
- EMUI 9.1 berasaskan Android Pie
Huawei P30 Pro
- Skrin paparan OLED 6.47 inci, 19.5:9
- Kirin 980
- RAM 8GB
- Storan: 128GB, 256GB dan 512GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB
- Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
- Empat kamera belakang: 40MP (f/1.8), OIS + 20MP f/2.2) ultra wide + 8MP (f/3.4) telefoto + sensor 3D ToF
- Kamera hadapan 32MP
- Bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik 15W
- Pensijilan IP68
- IP68
- EMUI 9.1 berasaskan Android Pie