Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei P20 Pro Sudah Mula Nikmati Teknologi GPU Turbo

Posted on Ogos 25, 2018Ogos 25, 2018

Pengguna Huawei P20 Pro kini sudah mula menerima kemaskini GPU Turbo bagi peranti mereka. Kemaskini itu dilihat mula tersedia secara berperingkat bermula sejak semalam(24 Ogos). Dengan kemaskini ini, pengguna akan dapat menikmati prestasi grafik yang lebih baik serta penggunaan bateri yang lebih jimat.

Buat masa ini, teknologi ini hanya menyokong permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends : Bang Bang sahaja. Namun Huawei telah memberi jaminan bahawa ia akan menambah lagi senarai permainan yang akan disokong di masa hadapan.

Kredit : GSMArena

Selain itu, kemaskini ini juga akan membawakan aplikasi Game Suite di mana ia akan membantu anda untuk menikmati permainan tanpa sebarang gangguan seperti notifikasi dan sebagainya. Bermain permainan video pasti akan lebih tenang selepas ini.

Kemaskini ini juga dilaporkan turut hadir ke model P20. Sistem keselamatan turut diperbaharui dalam kemaskini ini bagi menambahbaik ciri keselamatan peranti. Bagi anda yang memiliki dua peranti ini, anda boleh semak dan kemaskini peranti anda sekarang.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress