Nampaknya khabar angin mengenai Huawei Nova 9 adalah benar yang mana ia kini akan dilancarkan secara rasmi pada 23 September 2021. Menerusi poster promosi yang dikongsikan, rekaannya tampil seperti siri P50 yang diperkenalkan Julai lalu.

Selain itu, ia akan didatangkan terus sistem operasi HarmonyOS terkini dan menurut Huawei, telefon ini bakal menawarkan teknologi baharu. Turut dijangka hadir skrin OLED dengan kadar segar semula yang tinggi, dwi-kamera swafoto dan pengimbas cap jari pada skrin.

Tambahan lagi, terdapat juga ura-ura mengatakan ia akan mempunyai varian standard dan varian Pro yang mana versi tertinggi akan mempunyai pengecasan 100W. Apa-apa pun, nanti perincian lanjut berkaitan peranti ini pada 23 September ini.

Sumber: Huawei Central

Baca juga: