Seminggu yang lalu, Huawei Malaysia telah mengesahkan kehadiran sebuah lagi telefon pintar untuk pasaran tempatan, Huawei Nova 8.

Seperti yang dijadualkan, jualan pertama peranti tersebut telah pun dibuka dan ia boleh dimiliki pada tanda harga RM1899. Bagi jualan pertama ini, Huawei Malaysia turut menyediakan hadiah sampingan percuma berupa, Huawei Cloud 200GB (1 bulan), baucar eksklusif, serta kotak hadiah.

Imbas kembali kepada spesifikasi, model yang ditawarkan di Malaysia mempunyai sedikit perbezaan berbanding model untuk pasaran China.

Huawei Nova 8 untuk pasaran tempatan dilengkapi cip Kirin 820E, RAM 8GB, storan 128GB, skrin OLED 6.57 inci (90Hz), FHD+, bateri 3800mAh, pengecasan 66W dan menjalankan EMUI 12.

Tetapan kamera pula sama seperti Huawei Nova 8i, menampilkan 64MP kamera utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara itu, rakaman hadapan pula digalas oleh kamera 32MP.

Baca juga:

 

Beli Huawei Nova 8 dari;
Shopee - https://invol.co/cl5rqg3
Lazada - https://invol.co/cl5rqhd