Huawei Malaysia kini mengesahkan kehadiran peranti nova 8 buat pasaran tempatan pada 27 Ogos 2021 ini. Jangan keliru, telefon tersebut mempunyai spesifikasi sedikit berbeza berbanding yang ditawarkan di pasaran China tahun lalu.

Huawei nova 8 di Malaysia akan dikuasakan cip Kirin 820E bersama padanan memori 8GB RAM dan 128GB storan. Peranti yang menjalankan EMUI 12 ini turut dilengkapi skrin 6.57 inci OLED 90Hz beresolusi FHD+ serta bateri 3800mAh dengan sokongan pengecasan 66W.

Melengkapkannya, terdapat 4 tetapan kamera yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MPĀ depth. Sementara kamera hadapan pula 32MP.

Di China, Huawei nova 8 dijual pada tanda harga 3299 yuan (~RM2152). Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan harga rasmi di Malaysia pula.

Sumber: Huawei Malaysia

Baca juga:

 

 

Beli Huawei nova 8 di:

Shopee - https://invol.co/cl5nqmb
Lazada - https://invol.co/cl5nqmj