Minggu lalu, Huawei Malaysia ada mengumumkan kehadiran Nova 3 kedalam pasaran tempatan lebih awal dari yang dirancangkan.
Tampil menarik dengan rekaan warna dwi-tona, peranti ini sudah mula dijual sejak semalam dengan pelancarannya diadakan di Pavillion. Tidak ketinggalan juga adalah, Nova 3 berwarna merah yang dijual sebagai edisi terhad.
Antara spesifikasi yang anda boleh miliki melalui Huawei Nova 3:
- Skrin IPS LCD 6.3 inci
- RAM 6GB
- Storan dalaman 128GB
- Dwi kamera utama 16MP + 24MP
- Dwi kamera swafoto 24MP + 2MP
- EMUI 8.2 berasaskan Android Oreo 8.1
- Huawei Super Charge (60% dalam masa 30 minit)
Anda boleh dapatkannya disemua pengedar sah Huawei ataupun membeli secara atas talian pada harga RM1899.
Bagi bacaan berkenaan ulasan lanjut boleh: Huawei Nova 3 – Peranti Zuhud Yang Mengikut Resmi Padi
atau tonton video dibawah.