Masihkah anda ingat akan Samsung Note Edge atau Galaxy S6 Edge? Kini, banyak peranti yang mempunyai paparan melengkung atau waterfall display.

Ada yang menyukainya dan ada juga tidak. Namun, adakah anda suka sekiranya ia melengkung hingga ke bahagian sisi?

Menurut LetsGoDigital, Huawei mempatenkan sebuah telefon pintar yang dilengkapi paparan hampir menyeluruh atau mereka panggil ‘Arc display’.

Konsep yang diperlihatkan adalah skrinnya akan meliputi sehingga bahagian sisi peranti. Pada bahagian ini, ia akan mempunyai beberapa fungsi yang menggantikan butang fizikal seperti melaras audio dan juga akan memaparkan notifikasi.

Walaupun konsep yang diperlihatkan adalah berasaskan siri Mate 50 tetapi mungkin ia tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Tambahan lagi, Xiaomi sebelum ini juga pernah mempatenkan paparan hampir menyeluruh.

Sumber: Letsgodigital

Baca juga: