Huawei hari ini telah melancarkan barisan produk terbaru mereka secara khusus untuk pengguna-pengguna di negara rantau Asia Pasifik.

Sebanyak 6 produk utama Huawei telah dilancarkan hari ini termasuklah 3 siri tablet HUAWEI MatePad terbaru, model terbaru telefon pintar HUAWEI nova 8i, 2 model terbaru jam pintar HUAWEI WATCH 3, fon telinga HUAWEI FreeBuds 4 serta 2 monitor berprestasi tinggi iaitu the HUAWEI MateView dan MateView GT.

Model tebaru telefon pintar huawei antara yang dinanti-nantikan peminat.

Bagi peminat yang menunggu-nunggu jam pintar dari Huawei, model HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro akan mula berada di pasaran tempatan pada 7 Julai 2021 ini (esok) dengan masing-masing dijual pada harga RM 1,699.00 dan RM 2,199.00.

Manakala bagi barisan produk Huawei terbaru yang lain, ia boleh dipra-tempah bermula esok iaitu 7 Julai 2021 menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat sepertiĀ Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.

Huawei menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembeli yang membuat tempahan awal bagi semua produk terbaru yang dilancarkan hari ini.

 

Kalau nak beli barangan Huawei tekan bawah ni:
Shopee:
https://invol.co/cl4u98s
Lazada:
https://invol.co/cl4u94y