Selain daripada barisan peranti pintar mudah alih, Huawei juga tidak melupakan pengguna komputer dengan melancarkan 2 model terbaru skrin komputer berprestasi tinggi iaitu HUAWEI MateView Dan MateView GT.

HUAWEI MateView

HUAWEI MateView adalah skrin bersaiz 28.2 inci dengan panel 3:2 yang menyokong resolusi tinggi sehingga 3840 × 2560.

Ia boleh disambungkan secara tanpa wayar bersama dengan telefon pintar, komputer riba dan tablet.

Malah ia juga turut menyokong sambungan papan kekunci dan fungsi tetikus.

Manakala bagi model MateView GT, ia adalah skrin lengkung pertama dari Huawei yang bersaiz 34 inci, kadar segar 165Hz dengan panel 21:9 serta resolusi sehingga 3440 × 1440.

HUAWEI MateView GT dan HUAWEI MateView yang masing-masing berharga RM2,488.00 dan RM2,988.00 boleh dipra tempah dari 7 Julai ini menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.

Pra tempah 2 skrin terbaru ini juga secara automatik memberikan anda rebat RM100.00 serta peranti HUAWEI WIFI AX3 Dual Core yang berharga RM199.00.

Baca juga: Sebanyak 3 Model HUAWEI MatePad Dilancarkan, Dikuasakan Oleh HarmonyOS 2

HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W

HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini

HUAWEI FreeBuds 4 Dengan Pembatalan Hingar 2.0 Dilancarkan

Kalau nak beli barangan Huawei tekan bawah ni:
Shopee:
HUAWEI MateView - https://invol.co/cl4ueu8
HUAWEI MateView GT - https://invol.co/cl4ueuo

Lazada:
HUAWEI MateView - https://invol.co/cl4uesr
HUAWEI MateView GT - https://invol.co/cl4ueth