Selain mengumumkan ketibaan Huawei Nova 4, Huawei Malaysia turut membawakan tablet MediaPad T5 untuk pasaran tempatan.
Tablet ini tampil dengan skrin 10.1 inci Full HD Vivid bersama resolusi 1920 X 1200. Sistem dalamannya menggunakan cip Kirin 659 ditemani RAM 3GB dan storan 32GB.
Untuk rakaman swafoto, lensa 2MP f/2.4 digunakan sementara kamera utama terletak dibahagian belakang, menggunakan lensa kamera 5MP dengan nilai aperture f/2.4.
Huawei MediaPad T5 menjalankan antaramuka EMUI 8.0 yang berasaskan Android Ore0 8.0, penjualannya dijadualkan pada 28 Februari ini dengan tanda harga RM999.