Pada Febuari tahun lalu, HUAWEI ada lancarkan siri Matebook D15, sebuah komputer riba kelas pertengahan dengan cip AMD.

Terbaru, HUAWEI Malaysia secara rasminya mengumumkan edisi baru Matebook D15 i3 tiba di pasaran Malaysia pada harga mampu milik.

Baca juga – Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Untuk pengetahuan, Matebook D15 kali ini menggunakan cip pemproses Intel i3-10110U yang menggantikan cip AMD Ryzen sebelum ini.

Ia juga dilengkapi grafik UHD 620 dan memori 8GB dan storan dalaman 256GB SSD yang sudah memadai untuk pengguna lakukan kerja harian atau nikmati hiburan dengan lancar.

Disamping itu, komputer riba ini mempunyai paparan IPS Fullview 1080p berukuran 15.6-inci dengan bezel nipis. Tambahan lagi, paparannya mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland yang melindungi mata dari mudarat cahaya biru.

Baca juga – Honor 50 Diperlihat, Rekaan Kamera Seakan Huawei P50

Seperti siri Matebook sebelum ini, ia juga didatangkan dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa serta sokongan pengecasan pantas USB-C. Bateri yang dimuat dalam peranti ini adalah 42Wh.

HUAWEI Matebook D15 i3 berwarna Mystic Silver sudah boleh di pra-tempah di pasaran Malaysia dengan harga RM2,599 bermula 10 Jun hingga 17 Jun 2021.

Setiap pembelian juga akan diberikan hadiah percuma berupa beg galas dan tetikus HUAWEI yang bernilai RM498.

Untuk membuat pra-tempah, lakukannya di Lazada – https://invol.co/cl4gwpg atau di Shopee – https://invol.co/cl4gwrh.

Baca juga – HarmonyOS Sudah Dipasang Di Lebih Daripada 10 Juta Peranti Huawei

Sumber: siaran akhbar HUAWEI