Telefon andalan boleh lipat terbaru HUAWEI, HUAWEI Mate Xs 2, kini tersedia untuk pratempah mulai 3 hingga 23 Jun ini.
Dijual pada harga RM7,999, Mate Xs 2 hadir dengan dua varian warna, hitam dan putih.
Dengan keupayaan boleh lipat yang digelarĀ Falcon Wing, peranti ini direka dengan paparan True-Chroma Foldable Display seluas 7.8 inci.
Apabila dibuka atau tidak dilipat, paparan Mate Xs 2 beresolusi 2480 x 2200 pixel dengan sokongan kadar segar semula setinggi 120Hz, serta kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) sehingga 240Hz.
Kedua-dua varian warna HUAWEI Mate Xs 2 kini boleh dipratempah melalui laman web rasmi HUAWEI, gedung HUAWEI Experience, gedung rasmi Shopee HUAWEI, dan gedung rasmi Lazada HUAWEI.
Klik pautan di bawah untuk pratempah:
Shopee – https://invol.co/clb18mp
Lazada – https://invol.co/clb18no
Sumber: Siaran akhbar HUAWEI
Baca juga: