Huawei Malaysia kini telah mengumumkan kerjasama dengan Aladdin Group untuk membangunkan rangkaian platform sosial dagang yang memfokuskan kepada produk Halal.

Projek ini adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi produk dan perkhidmatan Halal dan mesra-Muslim, pada masa yang sama mengambil manfaat teknologi Huawei seperti awanan dan juga kecerdasan buatan.

Buat masa ini, nama platform dan maklumat mengenai tarikh pelancarannya belum lagi didedahkan. Namun kita mungkin bakal mendengar lebih lanjut apabila ia sudah mula dibangunkan kelak.

Sumber: Siaran Akhbar