Berdasarkan kepada laporan pasaran telefon pintar lipat 2023 yang diterbitkan oleh iResearch, pengeluar telefon pintar dari China, Huawei kekal sebagai pengeluar telefon pintar lipat terbaik untuk tempoh 3 tahun berturut-turut.
iResearch mendapati, Huawei menguasai pasaran telefon pintar lipat sejak dari 2020 sehingga 2022 dengan penguasaan pasaran bagi setiap tahun itu melebih 50%.
Malah pasaran telefon pintar lipat di China merekodkan peningkatan sebanyak 154% dalam tahun 2022 dan dijangka akan mencecah 5.5 juta dalam tahun 2023 ini.
Huawei pertama kali melancarkan telefon pintar lipat mereka menerusi Mate X yang dilancarkan pada pertengahan November 2019 dahulu.
Kemudian Huawei melancarkan beberapa sirinya yang lain seperti Mate Xs, Mate Xs 2 dan Mate X2.
Terbaru berkenaan telefon pintar lipat Huawei adalah mereka bakal melancarkan generasi terbaruĀ menerusi Huawei Mate X3 yang telah disahkan akan dilancarkan dalam bulan Mac 2023 ini juga.
{suggest}
Sumber: iresearchchina