Badan kawal selia China, TEENA dilapor sudah memberi pengesahan kepada dua model keluaran Huawei dengan nombor kod LDN-TL10 dan LDN-TL20.
Berdasarkan spekulasi yang dibuat sebelum ini, model-model tersebut dipercayai variasi kepada Huawei Enjoy 8 tetapi dari segi rekaan luar serta spesifikasi, ia dilihat mirip kepada Honor 7C.
Enjoy 8 memperagakan skrin paparan bersaiz 5.99 inci yang mampu menghasilkan resolusi 720 x 1440 piksel. Dikuasakan dengan pemprosesan 8 teras 1.4 GHz dengan dua pilihan memori, RAM 3GB/ 32GB atau RAM 4GB/ 32GB.
Kedua-duanya mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD.
Panel bahagian belakang mempamerkan tetapan dwi kamera dan dijangka menggunakan kamera 13MP bersama 8MP. Sementara itu untuk kamera swafoto ia sensor 8MP menghiasi bahagian hadapan.
Bakal ditawarkan dalam empat warna, Hitam, Emas, Biru, dan Ros Emas, peranti ini dijana dengan bateri 2920mAh dan pelancarannya mungkin berlangsung pada suku kedua tahun ini.
Sumber: TEENA