Sehingga ke hari ini, telefon berkelas andalan – Huawei P50 masih belum kelihatan. Huawei berkata, pelancaran peranti tersebut ditunda ke tarikh yang masih belum diketahui.

Tidak cukup dengan itu, laporan terbaharu menyatakan Huawei mungkin tidak melancarkan siri Mate 50 tahun ini. Ia adalah disebabkan kekangan bekalan yang dihadapi mereka serta boleh memberi fokus pada siri P50.

Baca juga – (Ulasan) Huawei Mate 40 Pro – Iterasi Pakej Telefon Pintar HMS Terbaik Setakat Ini

Memang tidak dapat dinafikan, Huawei Mate 40 Pro tahun lalu antara yang terbaik dari mereka walaupun kehilangan GMS.

Namun, tiada apa yang boleh dibuat kerana Huawei semakin hari sukar untuk meneruskan perniagaan telefon pintarnya.

Baca juga – Telefon Pintar Huawei Diambang Kejatuhan

Sumber: CNbeta