Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei leica

Huawei Akan Ada Teknologi Peranti Untuk Bantu Orang Buta

Posted on Februari 9, 2022

Nama Huawei mungkin sudah kurang popular terutama bagi kategori telefon pintar. Namun, mereka masih lagi rancak dalam pembangunan serta inovasi lain.

Baru-baru ini, Huawei telah mempatenkan sebuah peranti boleh pakai yang mana ia bertujuan untuk membantu individu yang ada masalah penglihatan atau buta.

Berdasarkan paten tersebut, teknologi yang ada pada peranti ini akan memberikan panduan untuk orang buta seperti mengesan halangan ketika berjalan. Dengan ini, individu kelainan upaya tersebut tidak perlu lagi bergantung pada orang lain seperti memimpin tangan.

Tambahan lagi, peranti boleh pakai itu bakal dilengkapi isyarat ultrasonic dan ia akan memantulkan bunyi seterusnya memberikan maklumat yang cukup untuk “mengemudikan” si pemakai.

Walau bagaimanapun, masih belum pasti lagi bilakah Huawei akan memperkenalkan peranti ini kepada umum.

Sumber: ithome

Baca juga:

  • Prestasi Low-light Huawei P40 Pro+ Lebih Bagus Dari Huawei P50 Pro?

  • Huawei Akan Buat ‘Comeback’ Dengan Cip HiSilicon Tahun Ini

  • Huawei Terus Jatuh, Jualan Menjunam Lagi Untuk Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress