HTC ialah antara nama besar dalam arena telefon pintar seawal popularnya Android dulu. Peranti Windows juga dikeluarkannya. Ia kemudian senyap daripada pasaran ketika di puncak.
Kini, jenama Taiwan itu secara rasmi telah memberi bayangan akan melancarkan model U tidak lama lagi. Apakah ia merupakan yang model tertiris ini?
#seeUsoon#HTC #viverse pic.twitter.com/1q5AZKMbIY
— HTC (@htc) May 5, 2023
Sebuah telefon baharu dengan nama yang dipercayai ialah HTC U23 Pro 5G sedang berada dalam fasa ujian. Dikatakan ini spesifikasinya:
- Snapdragon 7 Gen 1
- RAM 8GB
- ROM 256GB
- AMOLED
- 108MP antara 4 kamera di belakang
- 4600mAh
- Android
\
Tubuhnya pula dilindungi kerangka dan bingkai plastik bersama pengimbas cap jari di sisi telefon.
Menurut sumber, ia masih di peringkat pembangunan dan hanya diuji dengan beberapa aplikasi.
{suggest}
Jika anda belum maklum, kali terakhir HTC mengeluarkan telefon ialah Julai lalu iaitu HTC Desire 22 Pro. Uniknya, ia menumpukan terhadap ciri AR dan NFT memandangkan HTC fokus terhadap peranti AR atau metaverse sejak beberapa tahun ini.
Sumber: PTT