Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HP Rancang Memberhentikan Lebih Daripada 6,000 Pekerja Bermula Tahun Hadapan

Posted on November 25, 2022November 29, 2022

HP kelihatan seperti syarikat teknologi seterusnya yang bakal memberhentikan pekerjanya secara besar-besaran bermula tahun hadapan.

Syarikat pembuatan komputer riba ini telah bercadang untuk memberhentikan sehingga 6,000 orang pekerja untuk 3 tahun yang bakal mendatang.

HP menganggarkan tindakan ini sebagai pelan untuk bersedia pada masa akan datang dengan menjimatkan 1.4 bilion USD sebelum penghujung 2025. Penjimatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 4,000 pekerja dibuang.

Syarikat ini dijangka telah mengambil 51,000 orang pekerja secara global. Suku fiskal yang terkini bagi syarikat tersebut telah menunjukkan penurunan hasil lebih daripada 11% tahun demi tahun sehingga 14.8 bilion USD.

HP bukan satu-satunya syarikat yang melakukan pembuangan pekerja dalam bilangan yang ramai. Twitter juga telah memberhentikan pekerja-pekerjanya secara beramai-ramai semenjak ‘penaklukan’ Elon Musk pada 27 Oktober yang lepas.

{suggest}

Meta dan Amazon juga telah mengumumkan pelepasan pekerjanya pada bulan ini. 11,000 orang pekerja yang telah dibuang pada November 9 itu melambangkan pembuangan pekerja yang paling terbesar dalam mana-mana sejarah syarikat.

Sumber: Endgadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress