Hari ini, HP Malaysia mengumumkan ketersediaan Chromebook x360 11 G3 buat pasaran tempatan yang menyasarkan golongan guru dan juga pelajar.

Chromebook ini dikuasakan cip pemproses Intel Celeron N4020 dengan Intel UHD Graphics 600 serta padanan memori 4GB RAM dan storan 32GB eMMC.

Skrin berukuran 11.6 inci tampil dengan resolusi 1366×768 dan ia boleh dilipat untuk menggunakan paparan sentuhnya. Selain itu, juga dilengkapi kamera 720p, audio HD, dwi-pembesar suara dan mikrofon.

Spesifikasi lain termasuk pengecas USB-C 45W, 2 port USB-C 3.1, 2 USB 3.1 Gen 1 dan 1 bicu audio. Dengan pilihan warna Chalkboard Gray, ia dijual pada harga bermula RM1499.

Namun, bersempena kehadirannya, HP Chromebook ini diletakkan tanda harga hanya RM1299 untuk tempoh yang terhad. Malah, pelanggan juga boleh memilih ansuran bulanan serendah RM108.25/bulan melalui Lazada, Shopee atau HP Online Store.

Sumber: Siaran Akhbar HP

Baca juga artikel berkaitan:

 

 

Tekan pautan ini untuk beli HP Chromebook:

Shopee - https://invol.co/cl56zvw