Honor dijangka akan melancarkan V40 pada bulan hadapan dan laporan daripada seorang pengguna Weibo mengatakan ia akan dilancarkan pada 12 Januari.

Pengguna yang sama juga turut berkongsi tangkapan skrin dimana percubaan permainan Temple Run 2 120 FPS pada Honor V40 dimana peranti ini juga menyokong kadar penyegaran 120Hz.

Dilaporkan bahawa kod nama Honor V40 adalah YORK dan modelnya adalah YOK-AN10. Pensijilan 3C dari China turut menunjukkan V40 akan menyokong pengecasan pantas 66W dan 45W untuk pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, gambar V40 juga tertiris dimana peranti ini hadir dengan paparan melengkung dan terdapat dua kamera swafoto pada bahagian atas kiri paparan skrin.

Di bahagian belakang pula, 4 tetapan kamera diletakkan dimana modulnya berbentuk bulat dengan kamera utama dimuatkan dengan sensor 50MP.

Sumber: weibo1, weibo2 via