HONOR telah mengumumkan acara pelancaran produk pada 23 November ini di China. Berdasarkan khabar angin sebelum ini, HONOR mungkin akan melancarkan 3 peranti baru – Magic 5, siri 80 dan peranti boleh lipat Magic V2.
Honor Magic 5 dikatakan mempunyai skrin berukuran 6.8 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, peranti ini mungkin dikuasakan cip Snapdragon 8 gen 2 dengan sensor kamera utama 50MP.
Berbanding Magic 5, Magic V2 dikhabarkan tidak memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam spesifikasinya. Magic V2 mungkin dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan sokongan bateri besar bersaiz 5,000mAh.
Siri HONOR 80 pula mungkin akan terdiri daripada model 80, 80 Pro dan 80 Pro+.
Model biasa dijangkakan cip Dimensity 1080 manakala model Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 778G. Tetapi, HONOR 80 dan 80 Pro dikatakan menggunakan sensor kamera yang sama – 64MP dan 108MP.
Menariknya, HONOR 80 Pro+ menawarkan spesifikasi yang lebih hebat dan berkuasa. Model ini dijangka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dan sensor kamera utama 200MP.
Selain sokongan pengecasan pantas 200W, model itu juga mungkin menggunakan skrin AMOLED yang melengkung dengan resolusi 1.5K.
Sumber: Gizmochina
Gambar utama: Gizmochina