HONOR semalam telah pun melancarkan 3 model terbaru bagi siri telefon pintar premium mereka iaitu HONOR Magic3, HONOR Magic3 Pro dan HONOR Magic3 Pro+.

Tetapi apa yang menarik dalam acara pelancaran tersebut adalah HONOR mengambil telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone 12 Pro Max untuk diperbandingankan dengantelefon terbaru keluaran mereka itu.

Perbandingan itu tidak terhad hanya kepada rekaan fizikal peranti sahaja tetapi juga terhadap spesifikasi dan prestasi peranti.

Ia sekaligus secara tidak langsung menunjukkan HONOR telah menjadikan iPhone sebagai penanda aras untuk telefon pintar terbaru mereka itu.

 

Ini bukanlah kali pertama syarikat seperti HONOR menjadikan iPhone untuk dibandingkan dengan telefon pintar keluaran mereka.

Sebuah lagi syarikat pengeluar telefon pintar dari China iaitu Xiaomi sebelum ini juga pernah menjadikan iPhone 6 Plus sebagai penanda aras untuk telefon pintar Mi Note dalam tahun 2016 dahulu.

Kredit: Business Insider

Baca juga: Siri HONOR Magic3 Dilancarkan, Dikuasakan Snapdragon 888 Plus 5G

HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G