HONOR Malaysia telah melancarkan dua lagi komputer riba
siri baru iaitu HONOR MagicBook X 15 untuk pasaran tempatan.

Hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis, HONOR MagicBook X 15 hanya ditawarkan dalam warna Space Gray sahaja.

Ia dilengkapi dengan skrin paparan penuh 15.6 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Generasi ke-10 Intel Core i3 atau i5 dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 42Wh.

Selain itu, HONOR MagicBook X 15 juga dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 serta storan dalaman pantas PCIe NVMe SSD berkapasiti sehingga 512GB.

Sempena jualannya YANG akan bermula pada 19 Jun ini, pihak HONOR menawarkan hadiah percuma menarik kepada pembeli terawal siri komputer riba HONOR MagicBook X 15 yang boleh dibeli melalui stor fizikal HONOR Experience Stores, stor atas talian Shopee HONOR Official Store dan penjual
sah HONOR di seluruh negara.

HONOR MagicBook X 15 ditawarkan pada harga RM2,299.00 bagi model yang menggunakan cip Generasi ke-10 Intel Core i3 dan RM2,899.00 bagi model dengan cip Generasi ke-10 Intel Core i5.