Komputer riba HONOR datang lagi dan kali ini adalah model HONOR MagicBook 15 AMD. Buat masa sekarang anda hanya boleh buat prapesanan dan berita baik, ia datang dengan harga promosi RM2499. Harga asal bagi model kali ini adalah RM2699.

Namun begitu, untuk anda nikmati diskaun potongan harga ini, ia hanya eksklusif untuk prapesanan dari Shopee sahaja. Terdapat juga pembayaran ansuran serendah RM138 bulanan tanpa faedah.

Bagi anda yang berminat boleh letak duit pendahuluan sebanyak RM250 sebagai deposit untuk belian secara prapesanan ini.

Kita imbas sedikit tentang spesifikasi HONOR MagicBook 15 AMD, skrin 15.6 inci, AMD Ryzen 5 5500U, AMD Radeon Graphics, RAM 8GB, storan 256GB PCIe SSD, dan bateri 56Wh.

Baca juga:

Beli HONOR MagicBook 15 AMD:
Shopee - https://invol.co/cl6ivpi