HONOR baru-baru ini sudah melancarkan komputer riba terbaru mereka menerusi MagicBook 14 yang mana ia dikuasakan cip pemproses AMD Ryzen 5 5500U dengan padanan kad grafik bersepadu.

Komputer riba ini turut dilengkapi skrin 14 inci IPS FullView dengan 100% sRGB dan diberikan bekalan bateri 56Wh serta pengecasan pantas 65W.

Ditawarkan dengan pilihan warna Space Gray dan Mystic Silver, ia dijual pada tanda harga bermula RM2699 untuk varian 8GB+256GB SSD. Tambahan lagi, pembeli turut bakal membawa pulang hadiah percuma sehingga RM228.

Jika anda berminat, MagicBook 14 baharu ini boleh didapati menerusi HONOR Store, Lazada, Shopee, Senheng dan juga Stor HONOR Experience di seluruh negara.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga: