Seperti yang diketahui, HONOR kini telah berdiri sebagai jenama sendiri sejak ‘berpisah’ dengan Huawei.

Walaupun siri V40 adalah telefon pertama mereka setelah tidak lagi bersama Huawei, tetapi siri tersebut masih dibangunkan Huawei yang mana dijana cip Dimensity 1000+.

Terbaru, HONOR dilaporkan bahawa mereka dijangka akan melancarkan telefon berkelas andalan yang dikuasakan cip Snapdragon 888.

HONOR V40

Namun, adakah HONOR bakal menawarkan telefon sebegitu memandangkan cip tersebut menerima masalah kekurangan bekalan yang seterusnya tidak mampu dibekalkan kepada semua jenama telefon pintar.

Tambahan lagi, HONOR mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkannya kerana mereka sudah agak kelewatan dalam membuat tempahan.

Walau apa pun, apa yang pasti adalah telefon HONOR untuk pasaran global menyokong GMS. Ini bermakna, mereka masih mempunyai sinar dalam menarik minat pengguna.

Sumber: myfixguide

Beli Produk HONOR Di:
Shopee (https://invol.co/cl30i7b)
Lazada (https://invol.co/cl30i7p)