Dalam pelancaran siri HONOR Magic 3 sebentar tadi, HONOR membuat kejutan dengan melancarkan sebuah lagi model bagi siri Magic iaitu HONOR Magic3 Pro+.

Model yang sangat premium ini mempunyai rekaan yang sedikit berbeza dari  model HONOR Magic 3 dan HONOR Magic 3 Pro.

Binaan badan HONOR Magic3 Pro+ adalah diperbuat daripada seramik dan diytangkan dalam 2 warna iaiatu Ceramic Black dan Ceramik White.

Rekaan skrin pula HONOR menyatakan ia sebagai Super Curved dan disaluti dengan Nano Crystal.

Malah cetakan dibelakang HONOR Magic3 Pro+ adalah menggunakan cetakan laser.

Untuk kamera pula, HONOR melengkapinya dengan 4 kamera utama iaitu 50MP kamera sudut lebar dengan sensor Sony IMX 700, 64MP kamera monokrom, 64MP kamera ultra lebar dan 64MP kamera telefoto.

HONOR Magic3 Pro+ dengan 12GB RAM dan storan 512GB berharga 1,499.00 EURO.