Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Honor 8 Bakal Di Lancarkan Pada Hujung September Ini.

Posted on Ogos 26, 2016Oktober 23, 2016

Huawei dijangka melancarkan telefon pintar Honor 8 mereka September ini di India. Honor 8 ini akan menjadi peranti utama mereka untuk tahun 2016 ini. September juga merupakan bulan yang paling sibuk di India kerana kebanyakkan pengeluar produk mahu bersaing sewaktu musim perayaan yang akan bermula Oktober ini.

Huawei baru baru ini telah melancarkan Huawei P9 dan mereka juga bercadang untuk mengeluarkan model terbaru Honor. Honor 8 mmerupakan peranti telefon pintar yang elegen dengan rekaan gelas di belakang dan mempunyai paparan skrin besar berukuran 5.2 inci. Peranti ini dijangka dilancarkan dengan menggunakan prosessor octa-core milik Huawei, Kirin yang mempunyai RAM 4GB.

Telefon pintar ini juga mempunyai cip NFC dan port USB Type-C. Memori dalaman yang ditawarkan oleh Honor 8 ialah 32GB yang boleh ditukar dengan kad microSD. Peranti ini juga mempunyai sensor cap jari. Seperti Huawei P9, Honor 8 akan datang bersama dwi lensa dengan kamera belakang 12-megapixel  dan kamera depan 8-megapixel. Ianya akan dikuasakan dengan sistem operasi Android Marshmallow dan datang bersama interface Emotion UI 4.1.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress