Minggu lepas kita telah mendapat gambaran awal telefon pintar Huawei P50 yang mempunyai kamera belakang yang besar.

Terbaru, bahagian belakang telefon pintar Honor 50 yang akan dilancar 16 Jun  diperlihat mempunyai rekaan kamera seakan telefon Huawei tersebut.

Baca juga – HONOR Tawar Promosi Menarik Bermula 6 Jun Ini

Telefon pintar Honor 50 yang akan dilancar kelak dikatakan bakal hadir dengan tiga model iaitu Honor 50, Honor 50 Pro, dan Honor 50 Pro+ yang dilengkapi empat kamera serta pengecasan pantas 100W.

Melalui video yang dikongsi, ketiadaan pengimbas cap jari bahagian belakang menandakan ia mungkin mempunyai sensor pengimbas dibawah skrin AMOLED.

Namun, bahagian hadapan telefon ini masih menjadi tanda tanya. Adakah ia akan dilengkapi ciri lain seperti sensor pengecaman wajah atau skrin lengkung?

Sama-sama kita nantikan pelancarannya minggu hadapan.

Baca juga – Telefon Pintar Terbaru Huawei P50 Bakal Tampil Dengan Kamera Lebih Berkuasa

Sumber: gsmarena