Malaysia menjadi negara pertama luar China yang melancarkan HONOR 50 dengan perasmiannya dijadualkan pada jam 8 malam ini.
Dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon™ 778G dan inovasi GPU Turbo X, HONOR 50 dikatakan mempunyai prestasi cip & grafik yang dipertingkat sehingga 45% dan prestasi AI sebanyak 123%.
Untuk bahagian kuasa pula, HONOR 50 dilengkapi bateri sebesar 4300mAh dan pengecasan pantas 66W yang mampu mengecas 70% dalam 20 minit.
Pelancaran HONOR 50 pada 8 malam ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia , HITZ, Astro Gempak dan Era.
Sumber: Siaran Akhbar HONOR
Baca juga:
-
Menarik Minggu Ini: iPhone Tiada ‘Port’? HONOR Mungkin Kena ‘Ban’? Dron Besar Di Malaysia
-
Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga