Menjelang pelancaran global HONOR 50 pada minggu hadapan, iaitu 16 Jun 2021, HONOR Malaysia mengesahkan bahawa ia turut ditawarkan buat pasaran tempatan.

Terdapat tiga peranti yang akan diumumkan dalam siri tersebut – HONOR 50 SE, HONOR 50 dan HONOR 50 Pro. Dikhabarkan 50 SE dijana MediaTek Dimensity 900 dan dilengkapi tiga kamera.

Baca juga – Snapdragon 778G Diumumkan, Cip Snapdragon 780G “Baharu”

Sementara HONOR 50 dan 50 Pro dikuasakan Snapdragon 778G yang mana antara peranti pertama menggunakan cip tersebut serta hadir dengan tetapan empat kamera belakang.

Baca juga – HONOR 50 Diperlihat, Rekaan Kamera Seakan Huawei P50

Pun begitu, HONOR Malaysia tidak mendedahkan sama ada kesemuanya ditawarkan untuk pengguna tempatan atau sebahagian model sahaja. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya kelak.