Tanggal 8 Januari 2019 merupakan tarikh Honor 10 Lite dirasmikan untuk pasaran tempatan. Diawal penawaran, model ini berjaya terjual sebanyak 1200 unit hanya dalam tempoh 3 jam jualan dengan harga RM699.
Kini, Honor Malaysia memberi peluang sekali lagi kepada peminat, satu promosi sedang diadakan di Lazada bersempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.
Bermula hari ini, 16 Januari 2019 sehingga 18 Januari 2019, harga jualan diturunkan kepada RM 699. Ia melibatkan versi RAM 3GB dan ruang simpanan 32GB. Tawaran hanya dibuat di Lazada sahaja.