Pengeluar kereta terkenal dari Jepun, Honda Motor Co. telah mengasilkan sebuah sistem navigasi GPS terbaru khusus untuk kasut.

Sistem yang dikenali sebagai Ashirase itu dilengkapi dengan peranti serta getah lengkap untuk dimuatkan ke dalam kasut dan seterusnya disambungkan kepada aplikasi dalam peranti pintar menerusi sambungan Bluetooth.

Kredit: Honda Jepun

Peranti yang dimuatkan di dalam kasut itu akan memberikan isyarat getaran sebagai panduan kepada sipemakai untuk bergerak ke arah tertentu.

Sebagai contoh, apabila pemakai berasa getaran di bahagian tepi sebelah kiri kaki ia bermaksud pusing ke arah kiri.

Manakala getaran pada semua bahagian kaki pula bermaksud arahan berhenti.

Sistem ini dibangunkan secara khusus bagi membantu pengguna cacat penglihatan atau kurang baik penglihatannya.

Sistem navigasi GPS Ashirase di bangunkan secara bersama antara Honda dan syarikat Ashirase yang dijangka akan menjengah pasaran dalam tahun 2022 nanti.

Sumber: Sora News 24