Pada April 2022 yang lepas, Honda dan General Motors (GM) telah merancang untuk menghasilkan satu siri EV yang mampu milik dengan menggunakan bateri jenama Ultium daripada GM. Rancangan itu dijangka akan direalisasikan menjelang tahun 2027.
Namun, selepas setahun membuat kajian Ketua Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe, memutuskan untuk memberhentikan program itu atas sebab ia sukar untuk direalisasikan. Walau bagaimanapun, kerjasama antara Honda dan GM masih berjalan untuk Honda Prologue yang akan dilancarkan di pasaran Amerika Utara tahun depan.
Selain itu, Honda juga merupakan pelabur untuk anak syarikat GM iaitu Cruise dan bersama-sama menghasilkan Cruise Origin.
Dengan pembatalan program EV mampu milik ini, pasaran EV di Amerika Syarikat dan negara lain akan mengalami kebimbangan seiring dengan faktor penurunan harga Tesla, keuntungan EV yang menurun dan permintaan yang berkurangan.
Harga EV mampu milik Honda dan GM ini dikatakan akan dijual serendah USD30,000 (~RM143,610.00) setanding dengan harga Chevrolet Chevy Equinox.
{suggest}
Sumber: Verge