Baru-baru ini penyelidik keselamatan ESET mengeluarkan amaran melalui laman Twitter mereka mengenai penyamaran aplikasi di halaman Microsoft Store yang mempunyai ‘Ficker’.
#BREAKING Beware of active infostealer campaign mimicking Microsoft Windows Store, Spotify and FreePdfConvert apps targeting countries in South America 🇵🇪🇨🇴🇦🇷. #ESETresearch @jiriatvirlab 1/3 pic.twitter.com/bizy5ie3GQ
— ESET research (@ESETresearch) April 19, 2021
Ficker atau FickerStealer adalah perisian hasad berbahaya yang mampu mencuri maklumat pengguna. Maklumat-maklumat tersebut adalah seperti kata laluan, dokumen, dan juga dompet cryptocurrency.
Perisian hasad ini menjangkiti dengan menyamar disebalik halaman aplikasi rasmi di Microsoft Store. Pengguna akan terpedaya dengan butang muat turun yang dipapar yang sebenarnya mempunyai pelbagai jenis perisian hasad Ficker.
Selain itu, Ficker juga menyamar di halaman Spotify untuk memperdaya pengguna memuat turun perisian hasad tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikan lebih tumpuan pada address bar di bahagian atas pelayar untuk mengesan halaman mencurigakan.
Sumber: slashgear