Seperti semua sedia tahu, Microsoft telah pun mengumumkan versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11. Tetapi ia tidak lagi ditawarkan kepada semua penggunanya.

Jadi, pastinya terdapat cubaan pengguna yang ingin menggunakan terlebih dulu sistem operasi terbaru itu pada komputer mereka dengan memuat turun dari sumber tidak sah.

Menurut pakar keselamatan dan pembangun perisian antivirus komputer dari Kaspersky, mereka mengesan aktiviti penyebaran perisian hasad melalui fail pemasangan yang menyerupai Windows 11 oleh pihak scammer.

Tanpa diketahui pengguna, mereka sebenarnya sedang memuat turun fail yang turut mengandungi perisian hasad di dalamnya.

Kaspersky memberikan contoh, fail bernama 86307_windows 11 build 21996.1 x64 + activator.exe. bersaiz 1.75GB sebenarnya adalah fail perisian hasad.

Pengguna yang terpedaya dengan helah tersebut menyebabkan fail perisian hasad itu dipasang ke dalam komputer mereka menerusi aplikasi yang diragui.

The second executable is an installer as well, and it even comes with a license agreement (which few people read) calling it a “download manager for 86307_windows 11 build 21996.1 x64 + activator” and noting that it would also install some sponsored software. If you accept the agreement, a variety of malicious programs will be installed on your machine.” Kaspersky.

Ekoran itu, pengguna komputer dinasihatkan supaya tidak memuat turun fail pemasangan Windows 11 dari pihak ketiga.

Sebaliknya jika anda ingin mencuba lebih awal sistem Windows 11 di komputer anda adalah dengan mendaftar dengan Microsoft iaitu melalui Windows Insider Program.

Sumber: Kaspersky

Baca juga: Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya

Microsoft Tidak Akan Membenarkan PC Yang Tidak Memenuhi Keperluan Minimum Windows 11 Menjalankan Sistem Operasi Tersebut