Baru-baru ini, beberapa pengguna Maybank telah menerima SMS yang berniat untuk memancing data peribadi pengguna.

Bagaimanapun, Maybank kini menafikan kiriman mesej tersebut dan memaklumkan kepada pengguna untuk berhati-hati dengan mesej palsu yang menyamar sebagai pihaknya.

SMS Maybank

Pengguna Maybank juga diminta supaya tidak menekan atau klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan. Ini kerana, pautan tersebut akan mengarahkan pengguna log masuk ke laman web palsu yang kelihatan mirip seperti Maybank2u dan seterusnya mencuri maklumat log masuk atau data peribadi pengguna.

Sekiranya pengguna telah menjawab SMS palsu tersebut dengan maklumat diri, anda diminta menghubungi pihak Maybank dengan kadar segera di talian 03-5891 4744.

Sumber: Maybank