Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka permohonan i-Sinar bagi Kategori 1 bermula 21 Disember yang lalu. Berikutan itu, ada pihak tidak bertanggungjawab dilihat mengambil kesempatan untuk memperdaya ahli KWSP.

Terbaru, KWSP kini mengumumkan mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP ahlinya. Anda juga diminta berhati-hati jika menerima SMS palsu berkaitan status permohonan i-Sinar. Menurut KWSP, SMS palsu yang tersebar bertujuan untuk mencuri data ahli KWSP.

Permohonan i-sinar KWSP

Jika terdapat kemusykilan mengenai permohonan i-Sinar, talian Hotline i-Sinar boleh dihubungi melalui talian 03 8922 4848. Sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar boleh dibuat melalui talian yang diberikan bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada Isnin hingga Jumaat.

Bagi permohonan i-Sinar, anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sumber: KWSP