Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi amaran mengenai satu mesej atau pautan hasad yang sedang tersebar di platform komunikasi Discord.
⚠️WARNING – NEW DISCORD WORM: If you receive a "game dev" message like this from anybody, DO NOT click it, its NOT real. It's a new discord exploit, and irrecoverably steals your account. Phished accounts then send this message to more discord users. RT to raise awareness. 1/? pic.twitter.com/LTFaOKiNjs
— rudj (@threemod) June 20, 2021
Menerusi rajutan (thread) @rudjosu, pautan yang disertakan didalam mesej mengandungi perisian hasad yang akan mencuri maklumat peribadi, data log masuk Chrome, alamat IP, dan lain-lain.
Selain itu, akaun Discord pengguna juga akan diambil alih penggodam dan digunakan untuk menyebar mesej pautan hasad tersebut ke senarai kenalan lain.
Seorang pengguna tampil menyatakan akaunnya telah digodam tetapi berjaya mendapatkannya semula akaun dengan cara ini:
Tambah rudjosu di Twitter, Discord sudah mengambil tindakan terhadap perisian hasad tersebut. Namun, kebenaran berita ini tidak dapat disahkan kerana tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Discord.
Tetapi pengguna tetap dinasihati untuk tidak menekan pautan berkaitan game dev (pembangun permainan) atau apa-apa pautan mencurigakan walaupun ianya datang dari kenalan sendiri.
Sumber: @rudjosu
Baca juga – Aplikasi Google Anda “Crash”? Ikuti Langkah Ini
Baca juga – Spotify Lancar Greenroom, Pesaing Baharu Clubhouse