Brau-baru ini, tular di media sosial mengenai sistem pesanan ringkas (SMS) berkaitan transaksi bagi pembelian secara dalam talian yang menyamar sebagai pihak Maybank.
Received this SMS claiming to be from Maybank? Do not click on the link. Always key in https://t.co/DClrIinLxL to log in. More info: https://t.co/a78AmD4g1j#HumanisingSince1960 #ScamAlert #SafeBanking pic.twitter.com/sJGwTihfHu
— Maybank (@MyMaybank) September 10, 2020
Berikutan itu, Maybank telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan notifikasi SMS tersebut adalah daripada pihak Maybank seperti yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Maybank menyarankan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak menekan pautan dalam SMS tersebut. Pengguna juga disarankan menghubungi nombor di bahagian belakang kad bank bagi mengesahkan SMS tersebut.
Bagi log masuk melalui laman rasmi Maybank2u, pastikan alamat URL Maybank2u adalah https://www.maybank2u.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai peringatan keselamatan, layari Maybank2u.