Jika dilihat di media sosial, pasti banyak iklan memaparkan produk atau barangan yang dijual dengan begitu murah ibarat tidak masuk akal.

Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang berlegar-legar di internet.

Dalam kenyataan tersebut, MCMC mengatakan kebanyakan produk sebegitu yang dijual dari laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar di dalam negara.

Malah, sesetengah produk yang dipromosikan itu sering menyerupai produk berjenama. Jadi, bagi pengguna yang sudah terperangkap dengan gimik jualan murah tersebut, mereka bakal menghadapi masalah untuk mendapatkan hak pengguna serta produk yang dibeli juga tidak seperti yang dijangkakan.

Oleh yang demikian, orang ramai perlu lebih bijak dalam menilai jualan dan promosi yang dilihat di internet. Selain itu, pastikan anda sentiasa berwaspada sebelum melakukan transaksi.

Bagi anda yang sering membeli belah dalam talian, ikuti 3 langkah ini untuk mengelak diri mudah ditipu.

Sumber: MCMC

Baca juga artikel berkaitan: