Program vaksinasi di seluruh negara kian rancak dijalankan masa sekarang. Namun, terdapat ramai juga yang masih belum menerima dos pertama vaksin tersebut.

Terbaharu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi akaun Twitter menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengabaikan sebarang borang pendaftaran yang disebarkan melalui WhatsApp atau mana-mana saluran tidak rasmi.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rakyat memberikan data atau maklumat peribadi kepada individu yang tidak bertanggungjawab serta disalah guna.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi JKJAV bagi mengetahui sebarang maklumat tentang vaksin COVID-19 di vaksincovid.gov.my, MySejahtera atau hubungi di talian 1800-888-828.

Sumber: JKJAV

Baca juga – MYDIN Lancar MyVaksin, Daftar Vaksin Covid-19 Dapat Ganjaran

Baca juga – Pendaftaran Vaksin Untuk Ibu Hamil Dan Menyusui Di Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik

Baca juga – Berhati-Hati Dengan Panggilan Dari ‘Syarikat Kurier’