Bermula hari ini, Harmony OS 2.0 untuk telefon pintar Huawei telah mula dilepaskan menggantikan perisian Android sebagai sebahagian daripada ekosistem HMS Huawei.

Buat permulaan ini, hanya versi Beta yang diperkenalkan untuk pembangun dan juga penguji awal.

Melihat kepada beberapa laporan luar mengenai antaramuka Harmony OS 2.0, ia tidak jauh berbeza dari EMUI 11.

Perbezaan utama adalah dari segi kelancaran yang dirasakan lebih pantas berbanding EMUI 11 Android sebelum ini.

Antara lainnya adalah aplikasi Android masih lagi disokong pada Harmony OS 2.0 ini bermakna pengguna masih boleh memasang aplikasi APK Android dalam telefon.

Buat masa ini, Harmony OS hanya ditawarkan untuk beberapa telefon seperti siri Huawei P40, dan juga siri Huawei Mate 30 Pro.

Untuk pengguna umum selain dari pembangun, masih tidak diketahui bilakah ia akan ditawarkan namun laporan sebelum ini ada menyebut pada Disember ini juga.

Sumber: Gizchina