Khabar angin tentang kedatangan siri Galaxy baru dalam keluarga Samsung sudah dikhabarkan sejak beberapa bulan terakhir 2018.
Dijadualkan pelancarannya pada 28 Januari depan, Galaxy M disebut sebagai pengganti kepada Galaxy J, Galaxy C dan Galaxy On . Menyunting laporan GSMArena, harga bagi dua buah model Galaxy M10 dan Galaxy M20 dilihat berada dibawah paras ~RM800.
Informasi tersebut dikatakan diperoleh dari sumber terdekat Samsung yang menyatakan Galaxy M10 dijual pada harga INR 8990 ( ~RM519) manakala Galaxy M20 dengan harga INR 12990 (~RM 750).
Berkenaan spesifikasi pula, Galaxy M10 akan dilengkapi dengan skrin Infinity V 6.2 inci HD+, dwi kamera utama 13MP+5MP, kamera swafoto 5MP, cip Exynos 7872, RAM 2/3GB, storan 16/32GB, bateri 3400mAh dan bakal menjalankan Android Oreo 8.1.
Bagi model Galaxy M20, ia diramal tampil dengan skrin Infinity V 6.3 inci HD+, cip pemprosesan Exynos 7885, RAM 3GB, storan 32/64GB,dwi kamera utama 13MP+5MP, kamera swafoto 8MP dan kapasiti bateri sebesar 5000mAh.
Sumber: GSMArena