Peranti teknologi yang djual berdekad lalu sememangnya mahal dan tidak semua pengguna mampu memilikinya.

Sebagai contoh komputer, telefon bimbit, kamera video, televisyen dan mesin pencetak tidak ramai yang mampu memilikinya suatau ketika dahulu.

Jika dahulu pun mahal, cuba bayangkan pula nilai harga peranti tersebut jika ia dijual ketika ini.

Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari HP yang melihat kembali harga beberapa peranti ikonik yang pernah dijual dahulu dan berapakah harganya kini.

Mengambil contoh model telefon bimbit komersil pertama di dunia iaitu Motorola DynaTAC 8000X dari tahun 1984, ia dijual pada harga USD4,000.00 pada ketika itu.

Tetapi menurut penyelidik HP, harga telefon bimbit itu jika dijual di pasaran ketika ini nilainya adalah bersamaan dengan USD10,217.05 (RM42,482.49)

Martin Cooper bersama telefon bimbit ciptaannya, Motorola DynaTAC 8000X.

Selain telefon bimbit, penyelidik HP turut melihat harga asal bagi 43 barangan ikonik lain dan membandingkan nilainya jika ia dijual ketika ini.

Sumber: HP