Nothing Phone (2) telah pun disahkan bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi. Terbaharu, peranti itu didakwa akan ditawarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini.
{suggest}
Menurut laporan Dealabs, Nothing Phone (2) mungkin ditawarkan pada harga bermula €729 (~RM3,723) bagi varian 8GB/256GB, khususnya untuk pasaran Perancis. Sementara model dengan 12GB RAM dan 512GB storan mungkin diletakkan pada tanda harga €849 (~RM4,336).
Dengan penawaran storan yang lebih tinggi untuk model asas, ia menyaksikan lebih 50% peningkatan harga berbanding Phone (1) yang dijual pada €469 (~RM2,395).
Akan tetapi, masih belum jelas jika harga yang didedahkan ini adalah tepat atau sebaliknya hanya khabar angin.
Terdahulu, Nothing telah mengesahkan Phone (2) akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, kapasiti bateri 4,700mAh serta skrin yang lebih besar. Untuk pengesahan mengenai lain-lain spesifikasi, termasuk harga, nantikan acara pelancaran Nothing Phone (2) pada 12 Julai depan.
Sumber: 9to5Google